Jumaat, Julai 15, 2016

Berhenti sampai disini!!



Dah hampir 15 tahun rasenye aku mencari rezeki kat tempat orang ni, tapi mungkin kerana perubahan ekonomi sejak dua menjak ni memaksa aku untuk berhenti disini. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku pulang ke kampung halamanku.

Tempat yang aku tinggalkan dahulu dengan harapan mengubah nasib keluarga. Namun apakan daya dugaan hidup yang terlalu banyak dan tak mampu aku tanggung lagi sehinggakan memaksa aku berhenti sampi disini sahaja. Kuala Lumpur...seiring dengan pembangunanmu kau bawa bersama dugaan yang besar.

Insha allah tahun depan beraya dikampung tempat lahirku. Rasanya pengalaman berada di tempat orang ni sudah cukup kot untuk aku jadikan bekalan untuk memulakan hidup baru di kampung halaman.

Umur makin meningkat rasanya kena atur strategi pulak untuk masa depan anak2.. apapun semoga dipermudahkan segalanya..amin.
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Ahad, Julai 13, 2014

Tweet wanita Palestin buat Heliza Helmi yang amat mengejutkan


                                           
Seorang warga Palestin yang dikenali sebagai Wardah Syauqah telah menulis satu tweet ringkas yang ditujukan khas kepada pelakon comel Heliza Helmi.

Kandungan tweet wanita terbabit memang amat mengejutkan kerana mempunyai maksud tersirat yang seakan memberi peringatan tentang kepada golongan artis yang bergiat dalam dunia hiburan. 

Kata Wardah, ujian iman di Malaysia ialah hiburan manakala di Palestin pula ialah perang.

Peringatan ini pastinya satu dorongan hebat bukan sahaja kepada Heliza Helmi tetapi juga kepada mana-mana artis wanita yang sudah berhijrah.




Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Isnin, Februari 24, 2014

Selamat Pagi...

Awal pula bangun pagi ni, maklum lah anak sekolah hari ni..kene hantar ke sekolah. Nak suruh naik bas tak sampai hati pula memandangkan banyak kes yang berlaku sejak dua menjak ni.

Hari ni nak pergi bank, nak cek kalau-kalau BR1M dah masuk. Hari ni dah 24 haribulan, rasanya dah masuk kot. 

Bila dah bangun ni susah pula nak tidur balik, ye la dah la malam tadi tidur lewat pagi awal bangun pula. Jangan tidur masa keje sudah..


Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Layan bosan...



Balik keje dh lewat malam, rutin untuk minggu ni. Minggu depan shift pagi pulak. Macam ni la keje kat retail ni, asyik tukar shift je.

Dah siap mandi dan makan, santai2 kejap sambil layan tenet, tak lupe juga mengupdate blog...hehehe..

Sambil tu layan youtube tengok pulak MTV ICON, band febret gua..Metallica..memang layan lagu2 dorang ni sejak kecil lagi.


Lagu band ni memang evergreen, tak kire tua atau muda semua minat kat lagu dorang ni....

Ok la, gua nk layan youtube dulu..


Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Rabu, Februari 19, 2014

Tutorial warnakan scroll bar blog...



Kali ni kompius nak share lagi satu tutorial untuk mereka yang suka menghias blog agar lebih cantik..

Caranye senang je nak buat, cuma letakkan skrip yang akan kompius berikan..

Mula-mula korang pergi ke dashboard blog korang, pastu klik design.
Klik pulak edit HTML dan tick expand widget template...

korang kene cari kod kat bawah ni,

]]></b.skin>

kalau nak senang tekan Control dan F serentak dan cari kod tersebut..

Dah dapat kod tersebut copy kod kat bawah ni,

::-webkit-scrollbar {
height:12px;
width: 12px;
background: #ffffff;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #ff3399;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
border: 1px solid #ffffff;
}


Paste kod ni diatas kod yang korang cari tu tadi...

Sebelum save korang preview dulu, kalau takde masalah then save..

Penerangan :

warna biru : background scroll bar
warna merah  scroll bar korang

Cari kod warna korang disini


Peringatan - tutorial ini hanya berfungsi untuk pengguna google chrome sahaja.

Sekian
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Isnin, Februari 10, 2014

Tutorial Letak Ayat Ucapan Di setiap Post



Haaa...baru kejap tadi saya postkan mengenai ayat ucapan pada setiap entrikan...
Sekarang ni saya teringin pulak nak kongsikan tutorialnya, walaupun dah ramai orang buat tutorial ni, tak salah kan kalau saya pun kongsikan..

Sebelum anda memulakannya, first sekali anda perlu ada ayat ucapan tu tak kiralah ayat ape yang anda nak tulis tapi ayat tu kene upload kat sini dulu sebab kita memerlukan code gambar tersebut..Anda boleh buat ayat tu kat photoshop atau gimp.


Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Selamat Petang Blogger...



Setelah sekian lama menyepikan diri akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengupdate blog ni, bukan kerana tak ingin berblogging tapi keadaan yang tidak mengizinkan..

Sebentar tadi sebelum mengupdatekan blog ni saya telah membuat beberapa modifikasi pada blog ni, sikit je tak banyak..antaranya ialah header baru yang saya buat ni..amacam..?? cantik tak?? selain itu saya juga telah letak ayat ucapan 'Assalamualaikum' pada setiap post...


Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Isnin, April 23, 2012

Kenape nak berhenti..??



Fuhh...ramai betol orang nak berhenti keje sekarang ni...nape ek..???

Kalau dapat keje yang lebih baik dari tempat keje lama takpe la...ok sikit.
Tapi kalau keje lebih kurang baik takyah...

Daripada pemerhatian yang telah aku jalankan( uitsss skemanye), kebanyakan staf yang nak berhenti ni disebabkan oleh beberapa faktor...nak tahu??

Jom tengok...nah..

faktor no 1.

Gaji yang kurang..
keje bagai nak mampos...buat itu...buat ini pendek kate semua keje kat dalam store tu dibuatnye..
macam ni aku  pun nak berhenti...kite kena ingat badan nak pakai lama weiii...kalau sakit macam mane..??
Prihatin ke 'mereka'...oppssss...

faktor no 2.

Tensen yang giler2 la...
Buat itu salah...buat ini salah...pantang salah sikit dah memekak...ape, ingat kite ni takde hati dan perasan ke..??weiii ingat la sikit pada kiteorang ni yang selalu jaga botot 'korang'...opppssss..

faktor no 3.

Janji lain buat lain..
Ye lah kate keje 8 jam tapi sama gak macam keje bangla 12 jam( kadang lebih dari tu pun ade)...intergriti la weiii, jangan nak nipu-nipu..bukan ke itu yang 'korang' selalu terapkan pada kami ni...buat malu je..pastu kalau masuk lewat dah memekik bagai nak rak tapi kalau balik lewat senyap pulak 'korang'...opppssssss...

faktor no 4.

Dapat bos sombong bongkak bagai nak mampos...kamon la...kite ni keje servis...kene peramah..kalau mesra kat pelanggan je tapi tak pada staff pun tak gune....baik blah je..

Itu adalah antara rumusan yang aku perolehi tapi mungkin banyak lagi faktor2 penyebab kakitangan2 ni nak berhenti..

Pada yang terasa dengan entri aku ni...sori la banyak2, memang kenyataan kan...hehehehe

ok la caw cincau....
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Selasa, Mac 06, 2012

Jahat ke Polis Ni...???

As salam...


Tengah on9 kat pesbuk lepas tu terbaca satu entri mengenai keganasan polis yang berlaku kat Johor baru-baru ni..bila tengok kat komen rata-rata semua mengenai komen yang negatif pada polis tu...dari apa yang aku baca remaja berbangsa cina yang menunggang motor tanpa memakai helmet telah di terajang oleh seorang polis ni kerana cuba melarikan diri dari sekatan jalan...tapi yang aku pelik bila tengok kat dalam gambar tu, kejadian berlaku di kawasan perumahan...ada ke 'road block' kat kawasan perumahan..??


Akibat dari terajangan polis tu remaja tersebut terjatuh dari motor dan mengikut laporan remaja itu mengalami kecederaan yang teruk dimana berlaku pembekuan darah di leher dan pendarahan di kepala dan telinga, remaja tersebit dalam keaadaan koma sekarang ni...
Persoalan sekarang ni adalah, wajar ke pihak polis melakukan tindakan menerajang remaja tersebut atau mungkin juga wajar demi keselamatan kerana remaja tersebut cuba melarikan diri dari sekatan jalan so bila dah cuba melarikan diri maknanya motor tersebut ditunggang dengan laju..


Kerap kali orang ramai memandang serong terhadap pihak polis ni padahal mereka ni la yang menjaga keamanan negara kita ni, cuba bayangkan sebuah negara tanpa polis? Gerenti huru hara dibuatnya...jangan la kerana seorang polis yang bertindak ganas kita serta merta memandang serong pada semua polis...


Dan pada pihak polis, janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Isnin, Februari 27, 2012

Biar Betol ni...!!!

As Salam, 


Lama tak update blog ni...sibuk sejak akhir2 ni..
Ok...malam ni aku nak cerita sikit tentang pengalaman yang aku lalui malam semalam...bagi aku ianya agagk menyeramkan jugak la..


Ceritanya macam ni..
Malam semalam masa tu jam dh menunjukkan pukul 1.30 pg, biasala selalu tido lewat sikit sebab sibuk layan tenet ni. Dah siap layan tenet akupun terus je tido...tak sampai 5 minit kot aku dah tertido...
Nak dijadikan cerita aku pun bermimpi la...mimpi yang agak pelik iaitu seekor kelawar telah memasuki bilik tido kami melalui tingkap(yang herannya orang rumah tak perasan kelawar tu masuk bilik). Kelawar tu datang di hujung katil sebelah kaki(katil mengadap tinggkap) lalu menggigit kaki aku sehingga berdarah. Nak kata mimpi pun susah jugak sebab masa kelawar tu gigit, terasa jugak la sakitnya..aku pun terus bangun lalu bunuh kelawar tu dengan menggunakan kaki kerusi.


Ok, selepas tu aku pun terjaga...badan basah dengan peluh. satu lagi yang pelik mengenai mimpi tu ialah terdapat suatu bunyi yang agak pelik, tak tahu pulak aku nak gambarkan bunyi pelik tu...beberapa minit aku terjaga, aku terus lelapkan mata....haaaa...masa ni la terjadi satu perkara yang seram aku lalui, sedang aku tido2 ayam tiba2 saja bulu roma aku meremang, muka terasa besar...aku bukakan mata dan masa tu aku ternampak kelibat satu lembaga hitam sedang memerhatikan aku. Lembaga tu sebenarnya berada di atas sebelah kiri aku....masa tu aku terus teriak sekuat2 hati dan oarng rumah aku pun terjaga lalu memegang tangan ku. Masa dia memegang tangan ku itu lembaga hitam tadi tu pun terus hilang entah kemana..
Pagi esok aku ceritakan semua yang aku lalui kepada orang rumah dan dia memberitahu tak ada apa2 pun yang berlaku malam tadi...tapi aku percaya suatu benda telah memasuki rumah kami dan masih dalam tanda tanya ialah bunyi pelik yang sukar aku gambarkan itu...


Tapi memang sejak dua menjak ni ade saja perkara aneh berlaku kat dalam rumah aku ni...


Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Isnin, Februari 20, 2012

Aduh...sakit lagi ni...!!!

As salam,

Ni nak luahkan rase tak puas hati betol la, mentang2 la sejak akhir2 ni asyik hujan memanjang, badan pun ikut same macam hujan ni asyik sakit je..

Nape ek asal hujan je ramai yang sakit, nak buat itu tak boleh nak pi keje pun tak larat semua pergerakan terbatas. Nak telan ubat pun dah tak larat dah,asyik makan ubat je badan boleh rosak dek penangan dadah ni..

Nak hujan tu agak2 la, biar balance...hari ni hujan ok..pastu selang dua hari lagi tak hujan dan seterusnye macam tu la kan elok...ni tak asyik mandi hujan mase pi keje maklumla naik moto...Datang keje rase moody je angkara hujan ni..

Teringat pulak lagu hujan oh hujan kenape ko turun...
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Ahad, Januari 22, 2012

Masa Yang Tak Mungkin Kembali...!!!


As Salam...

Seakan tak percaya sudah belasan tahun aku meninggalkan zaman persekolalanku sekaligus meninggalkan zaman remajaku..terasa rindu pulak rase seperti ingin kemabali ke zaman itu.

Tengah mencari member baru kat dalam FB tetiba terjumpa pulak akaun FB member sekolah dulu..tengok kat friend list die terjumpe la pulak akaun FB member2 yang lain.....

Belek satu persatu FB dorang terjumpa la pulak gambar ni...penuh dengan memori...


Zaman persekolahan memang banyak peristiwa yang sukar dilupakan, malahan ade yang masih diingati sampai sekarang..
Bila tengok gambar2 mereka, banyak perubahan pada diri mereka (maklum la dah tua) ade yang dh gemuk dan ade yang dah kurus, ade yang dah kawen and dah ade anak macam aku la...hehehehehehe


Tapi yang paling best pulak aku terjumpe gambar mase aku masih sekolah rendah lagi kalau tak silap aku mase tu aku darjah 5 kot...


Gambar retro ni aku rase diambil sekitar awal tahun 90-an, kalau nak tahu mane satu gambar aku, tu ha...no 4 dari kiri yang bagi 'peace' tu...

Aku sebenarnye kerap bertukar2 sekolah sebab ayah keje gomen sering perpindah tempat keje, so bila tukar tempat keje  terpakse la kami pun tukar jugak la tempat sekolah...leceh memang leceh sebab nak kene sesuaikan diri dengan suasana baru tapi yang bestnye dapat kenal ramai kawan2 baru...

Terasa seperti cepat betul masa berlalu, tak terasa masa beredar...kalau la boleh kembali ke zaman remaja dulu alangkah bestnye sebab mase tu tak perlu nak fikirkan masalah macam sekarang ni...bebas je....cume nak happy je ngan member2 hahahahahahahaha...


Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Selasa, Januari 17, 2012

Ketiak Sape bau...!!!


As salam...lame dah tak update blog ni..sibuk punye pasal sampai takde mase nak tengok blog ni...
Ok lah, ni nak bagitau korang pengalaman aku petang tadi, tapi sebelum tu nak tanye korang boleh?
Korang pernah tak mase naik lift tiba2 ade sorang ni menutup mulut dan hidungnya. Mase tu ramai orang kat dalam lift tu...atau korang pernah berbuat demikian..

Nak dijadikan citer, petang tadi aku baru je balik dari sekolah jemput anak aku balik. Korang pun taukan bile time petang mesti ramai orang yang balik dari tempat keje dan mase tu la lift akan sesak sangat. Dalam lift tu aku dan ramai lagi tengah bersesak2,  tiba2 ade sorang akak ni tengah menutup hidung dan mulut sambil   berkata "busuk la...busuk la...". Kalau perlahan tak la dengar sangat tapi kuat giler die cakap. Bukan ape kalau ye pun hormat la sikit orang sekeliling tu...biase la orang baru balik dari keje mesti la bau semacam sebab tak mandi lagi..kalau tak nak bau busuk baik ikut tangga je la...Macam ni punye orang pun ade ke..???


Jadi nasihat saya pada akak tu ialah, lain kali kalau naik ikut lift bawak sekali penutup hidung macam kat klinik tu..atau baik takyah ikut lift, ikut tangga je....kalau nak lagi private buat lift sendiri...hahahahahaha

p/s: kalau duit banyak, pi beli rumah teres lagi senang...hahahah




Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Khamis, Januari 12, 2012

Diary...

As salam sume, dh makan belom ni...
Baru lepas makan ni, rehat jap sambil tulis2 kat blog ni. Sebenarnye takde ape pon nak tulis kat sini.
Ape tak nye..blog ade 4, tak tau mana satu yang nak update dulu. Kalau dulu ade satu je blog boleh kosentret kat blog tu sekarang ni tak tau yang mana satu nak bagi keutamaan..pusing kepala gue...eceh...


Teringat pulak mase mude2 dulu, time belom ade lagi blog and tenet ni, diary la tempat kite mencurah segala isi hati...sekarang ni bila dh ade tenet ni diary tu dah tak gune dah...ye ke?..tak tau la kalau korang masih gune bende tu..Bagi aku pulak guna diary ni leceh la sebab diary selalu je hilang...pastu selongkar sane and sini...leceh memang leceh...



Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Rabu, Januari 11, 2012

Cuti Yang Menggeramkan...

Bangun je dari tido terus keluar...alamak...sepah sane, sepah sini..ni yang aku geram ni..tengok bilik sebelah ikhwan takde...oh baru aku ingat die ade koko kat sekolah.

Mane pulak budak sorang tu.???..agak2nye dah balik kot, tinggalkan anak die begitu je. Terpakse la aku yang kemaskan rumah ni...letih jugak la...ni la jadiknye kalau cui tak same dengan org umah..lepas ni kene ambil irfan pulak alaaaa....malasnye...tu belum lagi part nak masak dah la pagi ni tak tau nak sarapan ape..nak masak mee, malas aku..nak beli nasi lemak lagi la aku malas nak keluar...last2 layan nescafe 3 in 1 je la...
Minggu ni dapat cuti entah minggu depan dapat ke tak sebab bos kate nak konsetret kat sales sempene raye cine ni...ape cer ni...org lain punye raye kite pulak terpaksa berkorban. Kalau macam die tu boleh la kot sebab takde nak fikir pasal masalah keluarga ni...pi mampos la malas aku nak layan...ape korang ingat aku keje kat sane nak jadi hamba abdi korang ke...biar la store lain buat dengan cara dorang takyah nak ikut dorang, store dorang chinese punye tempat , store kite melayu punye tempat aku pun tak faham la kenapa mesti jadi pak turut ni...



Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

'i follow u'...


Wow...tngah rancak follow memollow ni..'memollow'?? amende tu..ahh..tak kisah la. Ni tengah mencari follower ni, tngah meningkatkan follower..u follow i, i pulak follow u..


Tapi kalau dah follow tu jangan lupe singgah kat blog yang di follow tu tiap hari...kalau setakat nak cari follower ramai2 untuk nak jadi glemer baik takyah...


Ape tujuan 'follower' ni...korang bagitau aku pula, sebab aku masih baru lagi dalam dunia pengbloggan ( ayat mane pula ni).





Bagi aku pulafollower ni bertujuan untuk mencari ramai kenalan di serta tempat di samping itu berkongsi pengalaman atau pun cerita menarik dalam hidup kite ni ( takleh la peribadi sangat).


Walau apa pun, terima kasih banyak2 saya ucapkan kepada anda yang sudi berkunjung dan sudi menjadi follower untuk blog ni...kip in tac oke...
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Isnin, Januari 09, 2012

Sampai bilakah..??

As salam sume...harap korang dlm keadaan sihat dan ceria selalu...




Mcm biasala..lepas balik keje terus mengadap lappy kesayangan ku ni..walaupun lappy murah tapi aku sayang sebab dengannye boleh la aku hilangkan tensen...


Badan masih letih lagi, malam tadi sampai rumah jam 3 am..maklum la hujung minggu ramai customer so keje banyak la jugak..Namun kadang kala terfikir sampai bila aku mcm ni..???
Nak cari keje lain aku tak reti buat keje lain, lgipun sekolah tak tggi mane pun jdi terpaksa la aku keje kat sini...


Tapi, bila aku terkenangkan bangla2 yang keje kat tempat aku tu, aku rasa bertuah la juga sebab tak jadik mcm dorang yang terpaksa berhijrah tempat org untuk mencari sesuap nasi..
Dah la dorang dtg kesini menggunakan pihak ke-3 sudah pasti ongkos untuk ke sini tinggi, tu belum lagi potongan gaji tiap bulan...sakit tu..


Tapi dalam dorang ni dihimpit dengan pelbagi dugaan, sempat juga bergurau untuk menghilangkan kestressan dorang tu. Kalau nk layan sangat stress tu mesti jdi gile kan..


Pagi tadi ade sorang mamat ni dtg jumpe kat aku, sebenarnye budak dari department lain, die beritahu aku ade member die nk mintak keje kat department aku..wah ini dh cukup bagus ni kebetulan aku memerlukan staff, tpi soalan pertama yang aku tanye dulu ialah budak tu keje kat mane dulu..."kawan saye baru habis belajar la bang"...alamak...belum ade pengelaman bekerje rupanya...ni yang sakit nk tunjuk ajar lagi..lgipun dh bnyak kali budak baru habis belajar yang keje kat sini berhenti..ade yang sehari je keje keesokannye tak datang lagi....


Takpe la aku try dulu budak ni, mane la tau jenis yang kuat keje punye...


Hari ni aku duk opis je setelkan order tapi nasib baik bos aku dh tolong order sikit, kalau tak mampus aku nak order sumenye..
Dah siap order aku tngok pulak email kot2 ade email penting...duppp...memang ade yang penting pun...arrrrrggghhh....ni yang aku malas email remainder dateline untuk sales comment...satu2nye perkara yang aku paling benci sekali iaitu paperwork...malasnye..aku sanggup lagi susun brg dari buat paperwork, perkara yang paliang aku lemah sekali dalam hidup...


berjam2 jugak la kat depan PC cari bahan untuk menjawab...last2 jam 7 tepat akhirnye aku mengalah lalu balik kerumah...
Esok mintak tlg kat member pulak...
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Ahad, Januari 08, 2012

Entah ape yang aku ngomelkan ni...

Uitss...jam dh menunjukkan pukul 2:59 pagi, rase2nye mcm baru je dok mengadap lappy ni...
Cepat betol mase berjalan...


Esok keje shift ptg lagi...fuhh...letih gile. Pastu lusa pulak kenekeje pgi ...entah cmne dorang buat 
jadual ni...kalau arini dh keje ptg pastu balik lewat lagi jangan harap la aku boleh bangun awal..


Lantak 'korang' la nak marah aku, ade aku kesah...
Ok....lupekan pasal keje tu, yang penting sekarang ni kene teruskan pembelajaran aku dalam menguasai
coding HTML ni...baru je start ni tapi mcm2 pulak halangan..


Kene cari masa yang sesuai ni...masa aku tngah cuti pun belum tahu dapat belajar coding ni sebab aku kene uruskan anak2 aku tu...ye la org dh ade anak memang bizi mcm ni...yang satu nk itu pastu yang satu lagi nk itu pulak...pening kepala gua....hahhahahahahahaha..


Rase2nye mata dah rase berat ni...nampaknye landing time la...letih satu badan...
Jom tido.....zzzZZZZZZ
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Jumaat, Januari 06, 2012

Tak Baek buat cam tu..!!!

As salam semua...semoga anda dalam keadaan sihat semua.
Alhamdulillah aku baik2 saje ni walaupun badan masih lemah akibat buat keje overnight malam tadi..balik rumah jam 6 pg terus tido...


Arini ni takde aktivi nak buat, just layan tenet je, tadi masa tengah blogwalking aku ade la pegi ke satu blog ni. Blog ni aku dah follow and hari2 aku blogwalking kat blog die ni. Rupe2nye ade jugak hamba Allah yang tak puas ati dengan cik adik ni, cemburu kot sebab ramai follower kat blog dan fanpage die ni..



Tapi ape yang aku respect kat adik kite ni, die rilek je menerima tomahan dan cacian malahan sempat ucapkan terima kasih kepada hamba Allah sorang yang tak puas ati dengan cik adik ni....


Tu la tabiat manusia, bila nampak orang lain berjaya mesti nak cemburu sampai sanggup memburuk2kan orang....tak baik tu..dosa. Seboleh2nye kita bagi sokongan dan belajar dari mereka yang berjaya...cewahhhh...mane dtgnye ayat ni...hehehehe


Ok lah sampai sini je la..malas nak tulis panjang2...lenguh jari jemari ku ni...nk sambung belajar coding pulak...hehehehehe


bye...caw cincaw...
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Khamis, Januari 05, 2012

Malasnye...

aduss...arinie kene keje overnight lagi...setelah sekian lame tak keje malam..
hemm....nasib aku la aku yang kene dulu, ni gerenti esok pagi kene balik lewat lagi ni sebab 
takde sape esok. 


Baru bangun dari tido yang tak lena, entah boleh tahan ke malam ni..dah la belakang ni buat hal tetibe pulak sakit masa kemaskan top shelf tadi...



Ade petua tak nak hilangkan sakit pinggang ni....nak bangun pun tak larat ni...
Nampaknye aku dah semakin tua dah, badan dah tak sekuat dulu...

Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar