Jumaat, Julai 15, 2016

Berhenti sampai disini!!



Dah hampir 15 tahun rasenye aku mencari rezeki kat tempat orang ni, tapi mungkin kerana perubahan ekonomi sejak dua menjak ni memaksa aku untuk berhenti disini. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku pulang ke kampung halamanku.

Tempat yang aku tinggalkan dahulu dengan harapan mengubah nasib keluarga. Namun apakan daya dugaan hidup yang terlalu banyak dan tak mampu aku tanggung lagi sehinggakan memaksa aku berhenti sampi disini sahaja. Kuala Lumpur...seiring dengan pembangunanmu kau bawa bersama dugaan yang besar.

Insha allah tahun depan beraya dikampung tempat lahirku. Rasanya pengalaman berada di tempat orang ni sudah cukup kot untuk aku jadikan bekalan untuk memulakan hidup baru di kampung halaman.

Umur makin meningkat rasanya kena atur strategi pulak untuk masa depan anak2.. apapun semoga dipermudahkan segalanya..amin.
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar