Selasa, Mac 06, 2012

Jahat ke Polis Ni...???

As salam...


Tengah on9 kat pesbuk lepas tu terbaca satu entri mengenai keganasan polis yang berlaku kat Johor baru-baru ni..bila tengok kat komen rata-rata semua mengenai komen yang negatif pada polis tu...dari apa yang aku baca remaja berbangsa cina yang menunggang motor tanpa memakai helmet telah di terajang oleh seorang polis ni kerana cuba melarikan diri dari sekatan jalan...tapi yang aku pelik bila tengok kat dalam gambar tu, kejadian berlaku di kawasan perumahan...ada ke 'road block' kat kawasan perumahan..??


Akibat dari terajangan polis tu remaja tersebut terjatuh dari motor dan mengikut laporan remaja itu mengalami kecederaan yang teruk dimana berlaku pembekuan darah di leher dan pendarahan di kepala dan telinga, remaja tersebit dalam keaadaan koma sekarang ni...
Persoalan sekarang ni adalah, wajar ke pihak polis melakukan tindakan menerajang remaja tersebut atau mungkin juga wajar demi keselamatan kerana remaja tersebut cuba melarikan diri dari sekatan jalan so bila dah cuba melarikan diri maknanya motor tersebut ditunggang dengan laju..


Kerap kali orang ramai memandang serong terhadap pihak polis ni padahal mereka ni la yang menjaga keamanan negara kita ni, cuba bayangkan sebuah negara tanpa polis? Gerenti huru hara dibuatnya...jangan la kerana seorang polis yang bertindak ganas kita serta merta memandang serong pada semua polis...


Dan pada pihak polis, janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. Share ni di pesbuk
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen sikit boleh..???