Sabtu, Disember 31, 2011

Azam Tahu Baru..???

Wow..!!! lagi sehari tahun 20011 ni nak melabuhkan tirainya, 2012 here we come..!!!
Gud bye 2011 kenanganmu bersamaku takkan ku lupakan..huhu

Nak rasa happy pun tak juga sebab umor dah semakin tua..

Bila saja tahun baru menjelma semua member aku tanya aku tahun ni ape azam baru..??

Azam baru..???
Azam tahun ni tak tercapai lagi dah nak azam baru...pusing...pusing..

Tapi syukur alhamdulillah satu dari azam aku tahun ni dah tercapai..
Nak tahu apa azam aku yang dah tercapai tu..???
"TAK NAK MEROKOK".
Haaaa....aku dah tak merokok dah....bagaimana aku lakukan aku taknak cerita sebab
ia merupakan pengalaman perit aku..

Ok...udah2 lah cerita pasal rokok tu...ni nak tanya ape korangnye azam pulak..
hurm.....biar aku agak...mesti nak kaya kan..?? ke nak awek baru ke atau pakwe baru ke..???

Takpe la yang penting semoga tahun baru ni semua cita2 korang akan tercapai...
Bagi aku masih banyak lagi yang belum terlaksana ni...entah camne nak capai tu...

Di kesampatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada anda semua......


Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Jumaat, Disember 30, 2011

'contest: blog paling comel! by dina and zati'



Kenapa blog aku terbaekkk...???

Pertama sekali kerana ia terhasil dari hati, dimana melalui hatilah maka akan terhasil ilham2 untuk yang di curah kan melalui blog aku yang comel ni..comel ke..???

ok la boleh la dikatakan comel sebab aku dah berusaha memodified kan kod2 kat blog ni sehinggakan beberapa kali eror..(nasib baik ade backup)..

terpulang pada pemerhati untuk menilai....

Walau macam mana pun belog aku tetap terbaekkk...

Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Rabu, Disember 28, 2011

entahpape...

Haaa......
esok dah start keje la pulak...
dah cuti panjang ni rase malas la pulak nak pegi keje..
nak buat macam mane, kene keje jugak kalau tak alamat balik kampung la aku tanam jagung...


Esok banyak keje yang kene buat kebetulan pulak esok kene tukar barang promosi....agak2nye pukul berapa la aku balik....


Takpe duit punye pasal semua ditanggung beres...


Carrefour Dunia Ku la katakan.....



Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Thanks to Cik Lyssa_secret..!!!

fuhh...banyak juga tips yang aku dapat dari blog Lyssa_Secret ni....rasenye sehari tak habis aku modified blog aku...memandang kan aku dah nantok, nampaknye esok je la aku sambung balik..

Selain dari blog Lyssa ni ade gak belajar dari blog lain, semuanye cara sama gak tapi kadang ade yang lebih advance. Terpulang dari kekreatifan memodifiedkan semua kod2 dalam blog...

Kalau korang perasan kat title sidebar aku tu dah pasang title background tapi tak la cantik..

hemmm...pasni nak belajar buat header la pulak, ade tak cara selain guna software untuk buat header?? maklumlah aku ni kan baru belajar...sikit2 lama2 jadik bukit betol tak...????

Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Selasa, Disember 27, 2011

Alamak..!!! Duit Hilang Dalam Bank...

Salam...


Hari ni mood tak baik, buat tu tak betul buat ni tak betul..hati masih panas bercampur baur dengan perasan geram dan sedih..

Nak tau kenape..??? 


Bukan nak salah kan pihak ni sebab bukan salah mereka, tapi hampa kerana kecuaian mereka..
Ya...duit ku hilang dalam bank...aku masih ingat lagi, 23hb yang lalu aku and family pergi ke sebuah supermarket kat kepong ni, pastu duit tak cukup apelagi akupun pergi la cucuk kat mesin ATM ni.


Ok nak di jadikan cerita, pagi tadi aku sekali lagi keluarkan duit kat mesin ATM tapi tempat lain pulak.


Haaaaa......terkejut besar aku bila aku tengok jumlah duit dah kurang, aku pun mengeluarkan penyata ringkas
untuk periksa bila masa aku keluarkan duit....


Kalau diikutkan penyata ringkas tu, pada 24hb ada berlaku pengeluaran melalui mesin ATM tapi seingat aku
pada hari tu aku tak pernah keluarkan duit...
Memang sah la ade pihak ke-tiga yang melakukannya...


Sebenarnye inii bukan kali pertama terjadi kat aku sebab tahun lalu pun pernah terjadi malah lebih besar jumlahnye dari sekarang..dan untuk pengetahuan korang mesin ATM yang sama aku keluarkan duit...


Buat aduan polis..???? Dah buat 2 kali tapi sampai sekarang takde tindakan...
Buat laporan kat pihak bank..???  pun dah buat..mereka hanya janji akan selidik, tapi hapeh...sampai sekarang masih takde jawapan....
Zaman sekarang ni pencuri dah advance...takyah curi kat bank....cuma perlu pengetahuan IT dah boleh buat duit.....malahan segelintir penjenayah cyber ini ade yang educatednye ...


Aku cuma berharap agar pihak bank buat lah sesuatu..mungkin mengkaji kelemahan sistem sekuriti mereka sebab perkara macam ni dah berleluasa sekarang....


Ape boleh buat , anggap je la bukan rezeki aku......sumpah aku taknak lagi keluarkan duit kat mesin ATM dalam supermarket tu...
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Isnin, Disember 26, 2011

Churpchurp..!!!

Salam,


Petang2 cam ni dah takde nak buat gatal pulak tangan mengedit gambar churpchurp, alaaa...gambar burung biru tu..


Cuba korang tengok hasil dari pengeditan aku...walaupun tak seberapa namun masih kelihatan comel


Ok..yang ni gambar ori..


Kat bawah ni pulak hasil kerje tangan aku...lawa tak...hehehehe..













Macam mane..??? Mane satu pilihan hati korang..???








Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Mata gua takleh tutup la.....!!!!

Jam kat tepi bawah belah kanan laptop aku menunjukkan pukul 3.13 pagi, tapi mata takleh nak tutup. Tak tau kenapa, rase belum nak tido lagi ni. Dari tadi asyik blogwalking sampai tak sedar masa berjalan dengan pantas.

gambar ni bukan gambar aku, hiasan je...

Fuhh...nasib baik esok aku masih cuti lagi. Ni alamatnye esok bangun lewat la ni. Tapi aku tak kisah tido lewat sebab banyak ilmu dan pelajaran yang aku temui, al mklumla aku ni baru bergiat dalam dunia blogging ni..


Esok perkara pertama yang ingin aku lakukan sebaik bangun dari tido ialah secawan kopi panas yang harum dan sedap baunye..


Lagi gambar hiasan..hehehe

Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Ahad, Disember 25, 2011

Ipan Oh Ipan...!!!

Dah hari ahad pula ni, tak sedar masa berlalu pantas. Sekejap je dah nak hari khamis (mula keje). Esok nak pegi kedai moto service moto, hari ni tak jadi. Ipan(anak aku) sakit la pulak. Esok lepas hantar dia pegi hospital mintak cek sebab dh dekat seminggu lebih sakit die tu, pastu baru ke kedai moto.


Malam ni harapkan ubat dari kedai je lah. harap2 takde perkara yang tidak diingini berlaku. Nampak kurus dah die sebab selera makan takde, asyik baring je...sedih juga aku bila liahat dia dalam keadaan begitu...

Sabar Ipan....esok pegi hospital...


Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Sabtu, Disember 24, 2011

Iklan Oh Iklan..!!

As salam,

Hari ni aku dah letak iklan churpchup kat blog aku ni, korang mesti nampak kan?
Macam mana aku buat, jangan tanye aku sbb aku malas nak taip ni. Ni aku bagi link
blog awek ni, die boleh ajar korang. Lepas ni aku nak spiceup kan lagi blog aku yang buruk ni. Kalau korang ade petua & cara2 sila la ajar aku ok

Selain churpchurp, aku ade gak letak iklan dari nuffnang, tu ade kat atas & sidebar aku tu. kalau rajin silala klik...tak bayar pun..




Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

If you haven’t heard Yuna’s latest single yet, u can listen to it n submit a vid for her MV! #NowYouCan

If you haven’t heard Yuna’s latest single yet, u can listen to it n submit a vid for her MV! #NowYouCan
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Jumaat, Disember 23, 2011

Duitku bagai air mengalir..!!!


Baru balik dari Jusco, letih juga la. Tapi memandangkan cuma harini je aku berkesempatan jalan untuk membeli keperluan sekolah anak aku, aku kuatkan juga kaki ku untuk berjalan.


Tapi yang malasnye ni bila sampai kat jusco, planning dah lari. Ingat nak beli baju sekolah tpi lain pulak jadinye.
Jalan sana ade promosi, jalan situ ade diskaun...fuhh tercabar iman ni. Nak2 lagi orang rumah ikut sekali...huiiiiyoooo...parah.


Bila dh habis membeli belah cek kat wallet...alamak..!!!
banyaknye habis..duit sekarang ni tak sedar habis. Barang beli sikit je tapi duit banyak habis.

hye..hye..bye..bye...duit tu terbang...

Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Cuti oh cuti...!!!

Uitssss...boring tol la. Bila dah dapat cuti panjang macam ni, tak tau pulak nak buat ape..
Padahal hari2 merungut bila la bos bagi aku off panjang ni..

Bercakap pasal cuti ni, teringat pilak aku staff baru masuk keje tu...hemmm..boleh ke die bertahan keje kat hypermarket ni..??? Tengok die macam tak larat je.

Takpe la, kalau die blah carik staff lain pulak...

Hari ni dok rumah, esok aku nk p servis motor la pulak. Dah lama sangat dah tak p servis, silap2 banyak la juga yang kene tukar ni. Dah lah tempoh hari kene operate, kesian aku tengok.





Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Ahad, Disember 18, 2011

Demam, selesma, sakit sendi, sakit tekak, sakit urat dan macam-macam lagi la...!!!

Sejak beberapa hari ni badan rasa tak sedap je, mcm2 penyakit menimpa. Yang paling peritnya ni bila malam je tak boleh nak tido, hidung sumbat. Bila tido malam terganggu so kualiti tido taakde la. Pegi keje dalam keadaan yang lemah dan mengantuk. Kualiti keje pun terganggu. Bos mula bertanya kenapa dan mengapa..??

Bagi orang yang understanding punye ok la, tpi bgi orang yang langsung tak paham susah sikit la. Tapi, 'life must goes on' keje tetap keje. Nak amik MC, malas la pulak nak pegi klinik. Tak pe la sekadar makan panadol dan minum air cap badak cukup la.


Esok mesti banyak nak kene buat ni. Harap2 mood boss ok, kalau tak ok jawabnye meleleh la darah kat telinga. Nak buat camne dah namenye boss, terpakse dengar je la....




Selain makan ubat dari klinik, korang ade tak aternatif lain..?? kalau ade share la sikit....nak makan ubat klinik ni susah sikit la...rase die tu yang takleh tahan...yakkk..

Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar