Selasa, Mac 06, 2012

Jahat ke Polis Ni...???

As salam...


Tengah on9 kat pesbuk lepas tu terbaca satu entri mengenai keganasan polis yang berlaku kat Johor baru-baru ni..bila tengok kat komen rata-rata semua mengenai komen yang negatif pada polis tu...dari apa yang aku baca remaja berbangsa cina yang menunggang motor tanpa memakai helmet telah di terajang oleh seorang polis ni kerana cuba melarikan diri dari sekatan jalan...tapi yang aku pelik bila tengok kat dalam gambar tu, kejadian berlaku di kawasan perumahan...ada ke 'road block' kat kawasan perumahan..??


Akibat dari terajangan polis tu remaja tersebut terjatuh dari motor dan mengikut laporan remaja itu mengalami kecederaan yang teruk dimana berlaku pembekuan darah di leher dan pendarahan di kepala dan telinga, remaja tersebit dalam keaadaan koma sekarang ni...
Persoalan sekarang ni adalah, wajar ke pihak polis melakukan tindakan menerajang remaja tersebut atau mungkin juga wajar demi keselamatan kerana remaja tersebut cuba melarikan diri dari sekatan jalan so bila dah cuba melarikan diri maknanya motor tersebut ditunggang dengan laju..


Kerap kali orang ramai memandang serong terhadap pihak polis ni padahal mereka ni la yang menjaga keamanan negara kita ni, cuba bayangkan sebuah negara tanpa polis? Gerenti huru hara dibuatnya...jangan la kerana seorang polis yang bertindak ganas kita serta merta memandang serong pada semua polis...


Dan pada pihak polis, janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Isnin, Februari 27, 2012

Biar Betol ni...!!!

As Salam, 


Lama tak update blog ni...sibuk sejak akhir2 ni..
Ok...malam ni aku nak cerita sikit tentang pengalaman yang aku lalui malam semalam...bagi aku ianya agagk menyeramkan jugak la..


Ceritanya macam ni..
Malam semalam masa tu jam dh menunjukkan pukul 1.30 pg, biasala selalu tido lewat sikit sebab sibuk layan tenet ni. Dah siap layan tenet akupun terus je tido...tak sampai 5 minit kot aku dah tertido...
Nak dijadikan cerita aku pun bermimpi la...mimpi yang agak pelik iaitu seekor kelawar telah memasuki bilik tido kami melalui tingkap(yang herannya orang rumah tak perasan kelawar tu masuk bilik). Kelawar tu datang di hujung katil sebelah kaki(katil mengadap tinggkap) lalu menggigit kaki aku sehingga berdarah. Nak kata mimpi pun susah jugak sebab masa kelawar tu gigit, terasa jugak la sakitnya..aku pun terus bangun lalu bunuh kelawar tu dengan menggunakan kaki kerusi.


Ok, selepas tu aku pun terjaga...badan basah dengan peluh. satu lagi yang pelik mengenai mimpi tu ialah terdapat suatu bunyi yang agak pelik, tak tahu pulak aku nak gambarkan bunyi pelik tu...beberapa minit aku terjaga, aku terus lelapkan mata....haaaa...masa ni la terjadi satu perkara yang seram aku lalui, sedang aku tido2 ayam tiba2 saja bulu roma aku meremang, muka terasa besar...aku bukakan mata dan masa tu aku ternampak kelibat satu lembaga hitam sedang memerhatikan aku. Lembaga tu sebenarnya berada di atas sebelah kiri aku....masa tu aku terus teriak sekuat2 hati dan oarng rumah aku pun terjaga lalu memegang tangan ku. Masa dia memegang tangan ku itu lembaga hitam tadi tu pun terus hilang entah kemana..
Pagi esok aku ceritakan semua yang aku lalui kepada orang rumah dan dia memberitahu tak ada apa2 pun yang berlaku malam tadi...tapi aku percaya suatu benda telah memasuki rumah kami dan masih dalam tanda tanya ialah bunyi pelik yang sukar aku gambarkan itu...


Tapi memang sejak dua menjak ni ade saja perkara aneh berlaku kat dalam rumah aku ni...


Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Isnin, Februari 20, 2012

Aduh...sakit lagi ni...!!!

As salam,

Ni nak luahkan rase tak puas hati betol la, mentang2 la sejak akhir2 ni asyik hujan memanjang, badan pun ikut same macam hujan ni asyik sakit je..

Nape ek asal hujan je ramai yang sakit, nak buat itu tak boleh nak pi keje pun tak larat semua pergerakan terbatas. Nak telan ubat pun dah tak larat dah,asyik makan ubat je badan boleh rosak dek penangan dadah ni..

Nak hujan tu agak2 la, biar balance...hari ni hujan ok..pastu selang dua hari lagi tak hujan dan seterusnye macam tu la kan elok...ni tak asyik mandi hujan mase pi keje maklumla naik moto...Datang keje rase moody je angkara hujan ni..

Teringat pulak lagu hujan oh hujan kenape ko turun...
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Ahad, Januari 22, 2012

Masa Yang Tak Mungkin Kembali...!!!


As Salam...

Seakan tak percaya sudah belasan tahun aku meninggalkan zaman persekolalanku sekaligus meninggalkan zaman remajaku..terasa rindu pulak rase seperti ingin kemabali ke zaman itu.

Tengah mencari member baru kat dalam FB tetiba terjumpa pulak akaun FB member sekolah dulu..tengok kat friend list die terjumpe la pulak akaun FB member2 yang lain.....

Belek satu persatu FB dorang terjumpa la pulak gambar ni...penuh dengan memori...


Zaman persekolahan memang banyak peristiwa yang sukar dilupakan, malahan ade yang masih diingati sampai sekarang..
Bila tengok gambar2 mereka, banyak perubahan pada diri mereka (maklum la dah tua) ade yang dh gemuk dan ade yang dah kurus, ade yang dah kawen and dah ade anak macam aku la...hehehehehehe


Tapi yang paling best pulak aku terjumpe gambar mase aku masih sekolah rendah lagi kalau tak silap aku mase tu aku darjah 5 kot...


Gambar retro ni aku rase diambil sekitar awal tahun 90-an, kalau nak tahu mane satu gambar aku, tu ha...no 4 dari kiri yang bagi 'peace' tu...

Aku sebenarnye kerap bertukar2 sekolah sebab ayah keje gomen sering perpindah tempat keje, so bila tukar tempat keje  terpakse la kami pun tukar jugak la tempat sekolah...leceh memang leceh sebab nak kene sesuaikan diri dengan suasana baru tapi yang bestnye dapat kenal ramai kawan2 baru...

Terasa seperti cepat betul masa berlalu, tak terasa masa beredar...kalau la boleh kembali ke zaman remaja dulu alangkah bestnye sebab mase tu tak perlu nak fikirkan masalah macam sekarang ni...bebas je....cume nak happy je ngan member2 hahahahahahahaha...


Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Selasa, Januari 17, 2012

Ketiak Sape bau...!!!


As salam...lame dah tak update blog ni..sibuk punye pasal sampai takde mase nak tengok blog ni...
Ok lah, ni nak bagitau korang pengalaman aku petang tadi, tapi sebelum tu nak tanye korang boleh?
Korang pernah tak mase naik lift tiba2 ade sorang ni menutup mulut dan hidungnya. Mase tu ramai orang kat dalam lift tu...atau korang pernah berbuat demikian..

Nak dijadikan citer, petang tadi aku baru je balik dari sekolah jemput anak aku balik. Korang pun taukan bile time petang mesti ramai orang yang balik dari tempat keje dan mase tu la lift akan sesak sangat. Dalam lift tu aku dan ramai lagi tengah bersesak2,  tiba2 ade sorang akak ni tengah menutup hidung dan mulut sambil   berkata "busuk la...busuk la...". Kalau perlahan tak la dengar sangat tapi kuat giler die cakap. Bukan ape kalau ye pun hormat la sikit orang sekeliling tu...biase la orang baru balik dari keje mesti la bau semacam sebab tak mandi lagi..kalau tak nak bau busuk baik ikut tangga je la...Macam ni punye orang pun ade ke..???


Jadi nasihat saya pada akak tu ialah, lain kali kalau naik ikut lift bawak sekali penutup hidung macam kat klinik tu..atau baik takyah ikut lift, ikut tangga je....kalau nak lagi private buat lift sendiri...hahahahahaha

p/s: kalau duit banyak, pi beli rumah teres lagi senang...hahahah




Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Khamis, Januari 12, 2012

Diary...

As salam sume, dh makan belom ni...
Baru lepas makan ni, rehat jap sambil tulis2 kat blog ni. Sebenarnye takde ape pon nak tulis kat sini.
Ape tak nye..blog ade 4, tak tau mana satu yang nak update dulu. Kalau dulu ade satu je blog boleh kosentret kat blog tu sekarang ni tak tau yang mana satu nak bagi keutamaan..pusing kepala gue...eceh...


Teringat pulak mase mude2 dulu, time belom ade lagi blog and tenet ni, diary la tempat kite mencurah segala isi hati...sekarang ni bila dh ade tenet ni diary tu dah tak gune dah...ye ke?..tak tau la kalau korang masih gune bende tu..Bagi aku pulak guna diary ni leceh la sebab diary selalu je hilang...pastu selongkar sane and sini...leceh memang leceh...



Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Rabu, Januari 11, 2012

Cuti Yang Menggeramkan...

Bangun je dari tido terus keluar...alamak...sepah sane, sepah sini..ni yang aku geram ni..tengok bilik sebelah ikhwan takde...oh baru aku ingat die ade koko kat sekolah.

Mane pulak budak sorang tu.???..agak2nye dah balik kot, tinggalkan anak die begitu je. Terpakse la aku yang kemaskan rumah ni...letih jugak la...ni la jadiknye kalau cui tak same dengan org umah..lepas ni kene ambil irfan pulak alaaaa....malasnye...tu belum lagi part nak masak dah la pagi ni tak tau nak sarapan ape..nak masak mee, malas aku..nak beli nasi lemak lagi la aku malas nak keluar...last2 layan nescafe 3 in 1 je la...
Minggu ni dapat cuti entah minggu depan dapat ke tak sebab bos kate nak konsetret kat sales sempene raye cine ni...ape cer ni...org lain punye raye kite pulak terpaksa berkorban. Kalau macam die tu boleh la kot sebab takde nak fikir pasal masalah keluarga ni...pi mampos la malas aku nak layan...ape korang ingat aku keje kat sane nak jadi hamba abdi korang ke...biar la store lain buat dengan cara dorang takyah nak ikut dorang, store dorang chinese punye tempat , store kite melayu punye tempat aku pun tak faham la kenapa mesti jadi pak turut ni...



Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar