Isnin, Disember 26, 2011

Mata gua takleh tutup la.....!!!!

Jam kat tepi bawah belah kanan laptop aku menunjukkan pukul 3.13 pagi, tapi mata takleh nak tutup. Tak tau kenapa, rase belum nak tido lagi ni. Dari tadi asyik blogwalking sampai tak sedar masa berjalan dengan pantas.

gambar ni bukan gambar aku, hiasan je...

Fuhh...nasib baik esok aku masih cuti lagi. Ni alamatnye esok bangun lewat la ni. Tapi aku tak kisah tido lewat sebab banyak ilmu dan pelajaran yang aku temui, al mklumla aku ni baru bergiat dalam dunia blogging ni..


Esok perkara pertama yang ingin aku lakukan sebaik bangun dari tido ialah secawan kopi panas yang harum dan sedap baunye..


Lagi gambar hiasan..hehehe

Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Ahad, Disember 25, 2011

Ipan Oh Ipan...!!!

Dah hari ahad pula ni, tak sedar masa berlalu pantas. Sekejap je dah nak hari khamis (mula keje). Esok nak pegi kedai moto service moto, hari ni tak jadi. Ipan(anak aku) sakit la pulak. Esok lepas hantar dia pegi hospital mintak cek sebab dh dekat seminggu lebih sakit die tu, pastu baru ke kedai moto.


Malam ni harapkan ubat dari kedai je lah. harap2 takde perkara yang tidak diingini berlaku. Nampak kurus dah die sebab selera makan takde, asyik baring je...sedih juga aku bila liahat dia dalam keadaan begitu...

Sabar Ipan....esok pegi hospital...


Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Sabtu, Disember 24, 2011

Iklan Oh Iklan..!!

As salam,

Hari ni aku dah letak iklan churpchup kat blog aku ni, korang mesti nampak kan?
Macam mana aku buat, jangan tanye aku sbb aku malas nak taip ni. Ni aku bagi link
blog awek ni, die boleh ajar korang. Lepas ni aku nak spiceup kan lagi blog aku yang buruk ni. Kalau korang ade petua & cara2 sila la ajar aku ok

Selain churpchurp, aku ade gak letak iklan dari nuffnang, tu ade kat atas & sidebar aku tu. kalau rajin silala klik...tak bayar pun..




Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

If you haven’t heard Yuna’s latest single yet, u can listen to it n submit a vid for her MV! #NowYouCan

If you haven’t heard Yuna’s latest single yet, u can listen to it n submit a vid for her MV! #NowYouCan
Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Jumaat, Disember 23, 2011

Duitku bagai air mengalir..!!!


Baru balik dari Jusco, letih juga la. Tapi memandangkan cuma harini je aku berkesempatan jalan untuk membeli keperluan sekolah anak aku, aku kuatkan juga kaki ku untuk berjalan.


Tapi yang malasnye ni bila sampai kat jusco, planning dah lari. Ingat nak beli baju sekolah tpi lain pulak jadinye.
Jalan sana ade promosi, jalan situ ade diskaun...fuhh tercabar iman ni. Nak2 lagi orang rumah ikut sekali...huiiiiyoooo...parah.


Bila dh habis membeli belah cek kat wallet...alamak..!!!
banyaknye habis..duit sekarang ni tak sedar habis. Barang beli sikit je tapi duit banyak habis.

hye..hye..bye..bye...duit tu terbang...

Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Cuti oh cuti...!!!

Uitssss...boring tol la. Bila dah dapat cuti panjang macam ni, tak tau pulak nak buat ape..
Padahal hari2 merungut bila la bos bagi aku off panjang ni..

Bercakap pasal cuti ni, teringat pilak aku staff baru masuk keje tu...hemmm..boleh ke die bertahan keje kat hypermarket ni..??? Tengok die macam tak larat je.

Takpe la, kalau die blah carik staff lain pulak...

Hari ni dok rumah, esok aku nk p servis motor la pulak. Dah lama sangat dah tak p servis, silap2 banyak la juga yang kene tukar ni. Dah lah tempoh hari kene operate, kesian aku tengok.





Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar

Ahad, Disember 18, 2011

Demam, selesma, sakit sendi, sakit tekak, sakit urat dan macam-macam lagi la...!!!

Sejak beberapa hari ni badan rasa tak sedap je, mcm2 penyakit menimpa. Yang paling peritnya ni bila malam je tak boleh nak tido, hidung sumbat. Bila tido malam terganggu so kualiti tido taakde la. Pegi keje dalam keadaan yang lemah dan mengantuk. Kualiti keje pun terganggu. Bos mula bertanya kenapa dan mengapa..??

Bagi orang yang understanding punye ok la, tpi bgi orang yang langsung tak paham susah sikit la. Tapi, 'life must goes on' keje tetap keje. Nak amik MC, malas la pulak nak pegi klinik. Tak pe la sekadar makan panadol dan minum air cap badak cukup la.


Esok mesti banyak nak kene buat ni. Harap2 mood boss ok, kalau tak ok jawabnye meleleh la darah kat telinga. Nak buat camne dah namenye boss, terpakse dengar je la....




Selain makan ubat dari klinik, korang ade tak aternatif lain..?? kalau ade share la sikit....nak makan ubat klinik ni susah sikit la...rase die tu yang takleh tahan...yakkk..

Terima Kasih Kerana Singgah Sebentar